AKTIVITI

Langkah/
Masa

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Catatan


Set Induksi


(5 minit)


1.Guru memperdengarkan lagu 'Tanggal 31' nyanyian Allahyarham Sudirman.

2.Guru bersoaljawab dengan murid :
i) Apakah tajuk lagu ini?
ii) Siapakah nama penyanyi yang menyanyikan lagu ini?
iii) Bilakah lagu ini biasanya dinyanyikan?
iv) Bilakah tarikh Hari Kebangsaan Malaysia?

Guru memberitahu murid bahawa tajuk pelajaran hari ini adalah "Hari Kebangsaan Malaysia"


Tayangan lagu dalam video.









 


Langkah 1


(15 minit)


1.Petikan pendek bertajuk Hari Kebangsaan dipaparkan dan diedarkan kepada setiap murid.

2.Murid membaca petikan secara senyap.
3.Murid membaca secara individu dengan sebutan dan intonasi yang betul.

4.Murid membaca secara berkumpulan mengikut intonasi yang betul.

5.Guru bersoaljawab dengan murid tentang petikan sekaligus mencari isi-isi penting di dalam petikan.
6.Murid bercerita tentang pengalaman melihat dan meraikan Hari Kebangsaan .Perasaan cintakan negara harus diterapkan dalam diri murid-murid

 7.Guru menyoal murid secara lisan berdasarkan petikan.


Petikan ditayangkan.













Nilai Patriotisme

 


Langkah 2
(Aktiviti Berkumpulan)


(15 minit)


1.Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan,seramai 5 orang dalam setiap kumpulan.

2.Guru mengedar kad gambar berkaitan dengan Hari Kebangsaan kepada setiap kumpulan.

3.Setiap kumpulan diminta membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan kad gambar yang diedarkan.Setiap kumpulan haruslah membina sekurang-kurangnya 3 ayat berdasarkan kad gambar .

4.Murid berbincang di dalam kumpulan.
5.Murid membentangkan hasil perbincangan.


Kad gambar


Langkah 3


(Tatabahasa)


(10 minit)


1.Guru meminta murid memberi contoh kata hubung yang terdapat di dalam petikan.

2.Murid membaca contoh kata hubung dan membaca contoh ayat yang mempunyai kata hubung dalam petikan.
3.Murid member contoh kata hubung yang lain.

4.Guru menunjukkan kata hubung pada kad perkataan,murid membaca perkataan dan membina ayat secara spontan.

5.Guru menunjukkan contoh ayat yang mengandungi kata hubung, murid membaca secara individu dan kumpulan.


Tatabahasa Kata Hubung


Kad perkataan


Kad ayat

 


Langkah 4


(Kuiz- penilaian)


(10 minit)


1.Murid dinilai dengan menjawab kuiz.

 2.Murid menjawab kuiz secara membaca soalan dan klik pada jawapan.
3.Murid yang dapat menjawab sekurang-kurangnya 8 daripada 10 soalan dengan betul dianggap telah menguasai kemahiran pembelajaran.


Kuiz







 


Penutup


(5 minit)


1.Guru memainkan lagu 'Jalur Gemilang'. Murid menyanyi bersama-sama dengan penuh semangat.

2.Guru mengaitkan lagu 'Jalur Gemilang' dengan Hari kebangsaan Malaysia.
3.Guru bersoaljawab dengan murid tentang pembelajaran hari ini sekaligus menanam semangat cintakan negara sendiri dan menerapkan semangat patriotisme dikalangan murid-murid.




Lagu 'Jalur Gemilang








               Zrn2011