Baca petikan di bawah.
Bersenam Menyihatkan Badan
Bersenam baik untuk kesihatan kita.Kita haruslah bersenam setiap hari supaya badan kita sentiasa sihat.Terdapat banyak faedah jika kita selalu bersenam.Antara faedah bersenam ialah tubuh kita akan segar dan sihat.Jika sihat,kita tidak mudah diserang penyakit.
Senaman juga dapat membantu tubuh mencegah penyakit. Kalau kita bersenam,anggota badan menjadi kuat dan sihat.Selain itu,senaman juga akan menjadikan kita cergas dan bertenaga .Oleh itu,kita dapat melakukan kerja dengan baik. Seterusnya, senaman membolehkan otak kita menjadi cerdas.Kita akan dapat belajar dengan baik.
Kita juga boleh melakukan senaman di taman botani,di padang dan juga di gimnasium.Senamrobik juga salah satu senaman yang boleh menyihatkan badan kita.
Selasa, 15 April 2014
Jumaat, 16 Disember 2011
BABY MAMA
DALAM KESIBUKAN KU, RATU DAH PUN PANDAI MENARI DAN MENYANYI BILA MENDENGAR LAGU KESUKAANNYA....MAAFKAN MAMA SAYANG,MAMA SIBUK NAK SIAPKAN TUGASAN MAMA DULU...LAYAN LAH LAGU TU DULU TU YE.....
Ahad, 12 Jun 2011
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia..
Alhamdulillah SYUKUR kepada Tuhan kerana kami telah dapat menyiapkan tugasan modul atas talian ini iaitu kursus PPG USM
modul KPD 3016 bagi Semester 1 ini. Berkat kesabaran kami akhirnya kami dapat menghasilkan satu blog mengandungi Rancangan Pengajaran bagi murid Tahun 2. Bagi kami ,walaupun hasilnya tidak seperti blogger-blogger yang mahir,namun kami berpuas hati kerana ini adalah hasil usaha kami sendiri kerana ini adalah pengalaman pertama kami dalam menghasilkan blog. Tunjuk ajar dari Pensyarah kami iaitu Dr.Azidah dan Dr Leong Lai Mei, banyak membantu kami,tips dan penerangan dari mereka lah membuatkan kami telah berjaya menghasilkan blog ini. Walaupun kami terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkannya namun kami tidak kesal melalui pengalaman ini. Dalam kesibukan menjadi seorang guru di sekolah dari jam 7 pagi hingga 2 petang,kesibukan sebagai surirumah tangga menguruskan keluarga di rumah , namun sedikit pun tidak mengugat kesabaran kami untuk menampilkan blog ini kepada semua.
Akhir kata, sekali lagi kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pensyarah kami, rakan-rakan PPG USM KOTA BHARU ,kepada keluarga kami kerana memahami tugas ini dan tidak lupa kepada pihak BPG dan USM kerana memilih kami mengikuti PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ini. Kami berbangga kerana terpilih apatah lagi belajar di universiti ranking No.1 terbaik di Malaysia iaitu UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Wassalam.....
Menu
MENU UTAMA KAMI
1. Rancangan Pengajaran Harian
2. Aktiviti
3. Aktiviti Pengajaran
4. Penilaian dan Kuiz
5. Permainan untuk Adik-Adik ( Jom Main)
6. Rehatkan Minda ( Jom Relaks)
7. Ahli Kumpulan Kami
8.Video Pengajaran
8.Video Pengajaran
9. Story board
Selamat Meneroka Halaman Kami
Pensyarah ku...
PENSYARAH KESAYANGAN KAMI 

DR AZIDAH ABU ZIDEN
PENGURUS KURSUS KPD 3016
USM PULAU PINANG
DR LEONG LAI MEI
USM KOTA BHARU
Langgan:
Ulasan (Atom)
